KUALA LUMPUR – Pengarah Sekretariat Mahasiswa Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin memuji program Moh Balik Raya ke Pahang yang memberi manfaat kepada anak negeri itu di rantau.

Beliau berkata semuanya dibantu tanpa sebarang bentuk diskriminasi.

“5,000 perantau anak Pahang akan menerima baucer petrol bernilai RM50 setiap seorang dalam program Moh Balik Raya ke Pahang di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, satu persatu kebaikan Negeri Pahang dilihat dan dinikmati oleh setiap anak jati Pahang baik yang di dalam dan juga diluar Negeri Pahang,” katanya.

Shahaniza berkata penerima-penerima juga kelihatan gembira mendapat baucar tersebut.

“Menampakkan riak wajah riang untuk pulang beraya tahun ini.

“Tak sabar untuk pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta. Semoga dilindungi perjalanan semua,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sekreteriat Perantau Anak Pahang atas penganjuran program yang cukup baik itu

“Peranannya semakin kelihatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Leave a Reply