KUALA LUMPUR, 3 September 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengeluarkan penjelasan mengenai tularnya surat yang menjelaskan status halal beberapa premis makanan. JAKIM menegaskan bahawa maklumat tersebut dikemukakan sebagai balasan kepada pertanyaan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Menurut semakan dalam sistem MYeHALAL JAKIM, premis seperti Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Oleh itu, maklum balas mengenai status halal mereka adalah berdasarkan maklumat yang ada dalam sistem tersebut.

Namun, semakan semula menunjukkan bahawa beberapa outlet jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah. JAKIM telah mengemaskini maklumat ini kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024.

Pengguna digalakkan untuk menyemak status halal mana-mana premis atau produk secara langsung melalui Portal Halal Malaysia di http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php untuk maklumat yang terkini dan tepat.

Untuk maklumat lanjut mengenai isu-isu halal yang tular, sila rujuk laman web rasmi JAKIM di https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama.

Leave a Reply