KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2022 – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah melancarkan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) dan Perasmian Portal MyperkasaTVET PTPK merupakan salah satu Agensi di bawah Kementerian yang memainkan peranan penting untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir untuk memasuki program TVET melalui pengurusan dana yang cekap. Kementerian Sumber Manusia menyedari hakikat betapa pentingnya usaha PTPK ini untuk mewujudkan teras pinjaman latihan kemahiran yang berkonsepkan patuh syariah yang memenuhi aspirasi Keluarga Malaysia

Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) yang dilancarkan pada hari ini dan berkuatkuasa 15 Ogos 2022 (Fasa pertama), tidak akan mengenakan apa-apa bayaran upah iaitu caj pentadbiran dan perkhidmatan bagi permohonan baru pinjaman latihan dan penukaran (Conversion) akaun pinjaman konvensional kepada PLK-i. Dengan PLK-i, ini membuktikan PTPK sentiasa komited dalam membantu Keluarga Malaysia yang meliputi keseluruhan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang kepada remaja dan belia untuk memasuki program TVET dan inilah penyumbang kepada pembentukan negara maju, makmur dan inklusif di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Dengan pelaksanaan Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan TVET dalam usaha negara melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan.

Selain itu, dengan ketersediaan perkhidmatan Portal MyPerkasa TVET, ia menjadi satu kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan PTPK dimana sahaja (melalui Komputer dan telefon bimbit). Ia juga selaras dengan agenda transformasi pendigitalan negara dengan menyediakan perkhidmatan PTPK secara digital.

Dengan pelaksanaan PLK-i dan Perasmian Portal MyperkasaTVET ini akan menyokong agenda pendidikan TVET negara sebagai pilihan utama. PTPK juga sentiasa komited dalam menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan dengan menawarkan pinjaman latihan kemahiran secara patuh syariah kepada Keluarga Malaysia.

Leave a Reply