Pemenang Pingat Emas Acara Angkat Berat Sukan Komanwel Birmingham, Aniq Kasdan dan Pingat Perak acara Lawn Bowls Nurul Ain Nabilah menerima imbuhan tambahan daripada alumni Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin
Kedua-dua atlit negara ini merupakan mahasiswa Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Sebagai alumni FSR UiTM, saya wajar merasa bangga dan berbesar hati diatas kejayaan 2 pelajar FSR ini. Jadi dengan rezeki yang ada, saya terpanggil untuk menyumbangkan imbuhan kewangan (RM 3000 untuk Aniq) dan (RM 2000 untuk Nurul Ain) bagi menyuntik semangat mereka untuk terus belajar dan pada masa yang sama kekal fokus dalam latihan agar mereka dapat mencapai kejayaan yang lebih gemilang di sukan Olimpik dan lainnya nanti.kata Qobin
Majlis ini dihadiri oleh tetamu istimewa Prof.Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM dan juga mentor kepada Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin sewaktu beliau bergelar mahasiswa. Tan Sri Ibrahim Abu Shah merupakan Naib Canselor pada 2004 yang menjadi tunjang utama kejayaan Datuk Muhamad Muqharabbin menakluk Gunung Everest pada tahun 2004 bersama Ahmad Reduan Rozali.
‘Sebagai atlit sukan rekreasi dan ahli perniagaan, selagi mampu untuk saya membantu atlit sukan yang berpotensi untuk membawa nama Malaysia dan memperoleh pingat, saya akan turun padang memberikan sokongan dan semangat buat mereka. Saya harap agar lebih ramai individu dan tokoh korporat lainnya termasuklah alumni UITM yang berjaya, dapat mendokong atlit sukan UITM yang mewakili Malaysia di persada antarabangsa.’ Ujar beliau.
Qobin merupakan mahasiswa Malaysia pertama bersama Ahmad Reduan yang sampai ke puncak Everest pada tahun 2004 selain meneruskan kejayaan berbasikal dan bermotosikal merentasi 22 negara serta menjadi Penjelajah Grand Slam (Last Degree) pertama Malaysia iaitu menamatkan pendakian di 7 puncak tertinggi di 7 benua antara 2010-2014 dan berski (last degree) dari titik 89 ke titik 90 darjah di Kutub Utara dan Kutub Selatan pada 2017 -2018.
Beliau juga berjaya membawa 7 pendaki termasuk 5 anak felda ke puncak Everest pada 2013, berjaya menghantar 7 perenang ke Selat Inggeris (2012) di mana seorang berjaya berenang solo dan enam yang lainnya berganti ganti, berjaya membawa 8 penjelajah merentasi pulau Greenland (pulau terbesar di dunia) sejauh 580KM dan beberapa kejayaan lain di dalam dan luar negara.