PETALING JAYA – Terus memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan umrah dan haji di Malaysia, As Safa Travels & Tours Sdn Bhd melancarkan kempen terbaru mereka untuk tahun 2025.
Menerusi pelancaran itu, ia akan diterajui oleh figura terkenal dalam industri umrah dan haji, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar merangkap Pengarah Eksekutif As Safa Travels & Tours.
Memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam menguruskan perjalanan Umrah dan Haji, Md Roslan berkata, sejak 4 tahun ditubuhkan, mereka terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada pelanggan.
“Dengan slogan kami “Pergi Selamat, Pulang Selamat” kami berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua jemaah.
“Menerusi konsep perjalanan premium yang ditawarkan, kami sangat mengutamakan kepuasan pelanggan serta keselamatan mereka sepanjang perjalanan.
“Kami tidak sekadar menawarkan perkhidmatan, tetapi bertanggungjawab dalam memastikan ibadah jemaah berjalan lancar dan diterima Allah. Dengan izin-Nya, kami akan berusaha melaksanakan setiap amanah dengan penuh keikhlasan.
“Untuk kempen yang ditawarkan bagi tahun 2025, kami berharap semua orang mampu ke tanah suci untuk melakukan ibadah,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar As Safa Travels & Tours, Mohammad Ahyat Md Roslan berkata, As Safa Travels & Tours telah menetapkan mereka sebagai syarikat yang komited dalam menyediakan perkhidmatan Umrah dan Haji bertaraf premium.
“As Safa akan terus komited memastikan setiap jemaah bukan sahaja dapat melaksanakan ibadah mereka dengan sempurna tetapi juga membawa pulang kenangan dan ketenangan hati.
“Kepercayaan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami berharap dapat menjangkau lebih ramai masyarakat, termasuk di kawasan bandar dan luar bandar untuk sama-sama menyertai kami.
“Dengan nilai integriti, pengalaman yang terbukti, dan tumpuan kepada kepuasan pelanggan, syarikat ini akan terus melangkah ke hadapan.
“Kami yakin, As Safa Travels adalah pilihan yang tepat. Menerusi pakej yang dirancang teliti dan sokongan pasukan berpengalaman, syarikat akan terus berdedikasi memastikan setiap jemaah melangkah ke Tanah Suci dengan hati yang tenang,” katanya.
Pakej Umrah Ekonomi 2025
- Harga: RM 5,990
- Durasi: 8 Hari 10 Malam
- Penerbangan: Air Arabia (Setaraf)
- Penginapan:
- Hotel Madinah: 200 Meter (Full board)
- Hotel Mekah: 1 KM (BB)
- Tarikh: 5-14 Februari & 10-19 April (Syawal)
- Mutawwif: Ustaz Roslan
Pakej Badal Haji 2025
- Harga: RM 5,500 (Terhad kepada 50 peserta sahaja)
- Inklusi:
- Sijil Badal Haji
- Air Zamzam
- Sejadah
- Minyak Wangi