PETALING JAYA, 22 Ogos 2022 – Syarikat Dialog Berhad ingin memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Setiausaha Syarikat Bersama iaitu Puan Zainab Binti Mohd Salleh yang telah dikenal pasti secara palsu sebagai pemegang saham Syarikat Alizes Marine Limited seperti didalam satu laporan berita yang tular baru-baru ini.

Tambahan pula, beliau juga merupakan pasangan kepada Dr Noor Azmi Bin Mat Adenan, seorang Pakar Perunding Ginekologi-Onkologi yang bekerja di Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC).

“Sebarang tuduhan palsu atau kenyataan mengelirukan dikeluarkan yang ditujukan kepada Dialog Group Berhad, anak syarikatnya termasuk pengarah dan pekerjanya tidak akan dipandang ringan, serta kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan yang mengelirukan itu,” katanya didalam satu kenyataan media disini hari ini.

Justeru, pihak Syarikat Dailog Berhad meminta orang ramai agar selidik terlebih dahulu kesahihan laporan berita itu yang mengaitkan Puan Zainab Mohd Salleh dalam isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Leave a Reply