KUALA LUMPUR, 9 Julai 2025 – Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memaklumkan bahawa pasukan guamannya telah menyerahkan Notis Tuntutan Saman kepada Wan Muhammad Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, atas dakwaan fitnah.

Penyerahan notis tersebut dilakukan secara rasmi di kediaman Papagomo pada jam 2.15 petang.

Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik di media sosial, Asyraf menyeru agar budaya politik kebencian dan penyebaran fitnah dihentikan serta menekankan pentingnya pertanggungjawaban terhadap kata-kata dan tindakan.

“Kalaupun tidak kisah dengan hukuman dunia, moga ada sekelumit perasaan takut pada azab Allah yang amat pedih akibat fitnah,” tulisnya, sambil mengakhiri kenyataan itu dengan mesej lantang, “See you in court!”

Langkah undang-undang ini mencerminkan ketegasan beliau dalam menentang politik berasaskan kebencian dan fitnah murahan yang kian menular di negara ini.

#SeeYouInCourt #NoTurningBack #HapusBudayaFitnah #PolitikMatang #TolakFitnah #UndangUndangDitegakkan #AsyrafWajdi #Papagomo #SamanFitnah #KebenaranAkanMenang

Leave a Reply