1. Apabila Mahkamah mengekalkan keputuan sabitan ke atas DS Najib Tun Razak selepas rayuan inilah merupakan detik duka buat UMNO.
  2. Beliau sendiri meluahkan yang “kekuasaan kehakiman ditekan ke atas dirinya dengan cara yang sangat tidak adil.”
  3. Kami berada di luar dan dalam mahkamah tadi turut berasa sangat hiba, ada yang sebak dan teresak-esak menangis dari hati yang luhur. Namun ini tidak bermakna kami berputus asa.
  4. Semoga DS Najib diberikan ketabahan dan kekuatan dalaman dalam menghadapi dugaan ini. Sebagai pejuang tulen tidak mudah beliau patah semangat dan berjuang terus berjuang.
  5. Kami percaya ada malam yang gelap pasti akan ada siang yang cerah. Masa akan menentukan segalanya.
  6. Buat DS Najib Razak dan ahli UMNO sekalian ingatlah ayat 40 surah al Taubah, Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
  7. Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang DS Najib kita tetap bersama.
  8. Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat.

Tiada pengkhianatan sesama kita!
Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar!

  1. Bak kata ungkapan Usman Awang,
    Di belakang duri di depan api
    Kita tak bisa undur lagi
    Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi
    Kebulatan ikrar tak akan berubah.
  2. Maka ayuh kita bangkit mengharungi onak dan duri, api perjuangan kita terus semarakkan.

Marilah kita bangkit bersatu hati dan tenaga agar perjuangan DS Najib terus menyala-nyala.

  1. Insya Allah, akan tiba masanya apabila Allah memakbulkan doa kita semua dan memberikan rahmat maka tiada kuasa lain dapat menghalang dan kita akan beroleh kejayaan, keselamatan dan perlindungan-Nya.
  2. Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang (Sural Al Imran ayat 54).

Inilah peledak semangat dan kita terus bangkit serta terus mara ke hadapan.

Walaupun di belakang duri di hadapan api!
Kita tempuh bersama-sama!#BangkitDanMara #SusahSenangBersama #KitaTempuhBersama-sama #TahuLawanDanKawanSebenar

Leave a Reply