*UMBI UMNO*

POSTER BOY untuk PRU ke 15 sudah tidak perlu lagi. Elok batalkan manusia jadi poster boy. Manusia bernyawa mudah difitnah. Lebih baik logo BN dijadikan poster boy.

BENDA tak bernyawa adalah sukar untuk difitnah. Lagi pun logo BN telah sebati kepada rakyat. Kita tak mahu mereka yang over perasan dan lembik jadi Poster Boy. Malah jadi pagar makan padi.

SEMOGA kita tabah dengan suratan takdir ini. Semuanya dalam perancangan Allah dan ada hikmah tersembunyi. Itu janji Allah, bukan dusta tapi kebenaran.

TERIMA kasih kepada Dato Seri Najib kerana meninggalkan banyak jasa. Menara “Merdeka 118”, iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia, tetap jadi mercu kejayaannya sebagai Pemimpin utama negara ini.

KITA juga kagum dengan sikap penyokong Najib dan UMNO yang tertib dan sopan dalam menghadapi krisis semalam. Tiada penyokong ke jalanan dengan amukan bertahun-tahun macam pengikut Anwar Ibrahim.

KITA percaya jika benar Najib bersalah, semoga Allah ampuni dosanya dengan ujian ini. Kalau dia dianiaya, kifarah Allah akan mengikuti setiap langkah mereka yang zalim.

PERANCANGAN Allah tidak berakhir pada hari ini, ianya belum tamat di sini. Yang pasti, perjuangan akan terus bersemarak dalam keluhuran setiap akar umbi UMNO dari Dulu, Kini dan Selamanya.

WALLAHUAKLAM.

Leave a Reply