KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr Azam Rauzan, tampil mengulas isu dalaman melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN), khususnya MIC dan MCA, yang sebelum ini lantang menyuarakan rasa tidak puas hati kerana tidak mendapat jawatan menteri.

Dr Azam menegaskan bahawa adalah lebih baik parti-parti tersebut menumpukan usaha untuk meraih sokongan rakyat, khususnya komuniti India, daripada terus membangkitkan isu kedudukan dalam kerajaan.

“MIC ini daripada dulu asyik membebel tentang tak puas hati tak jadi menteri. Bagi saya, kalau ada satu kerusi sahaja, maka itulah kerusi yang menentukan kedudukan. Tapi daripada membebel, lebih baik fokus tarik sokongan rakyat India,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa BN merupakan gabungan empat parti utama, dan tindakan mana-mana komponen menarik diri atau memboikot boleh memberi kesan besar, seperti yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

“Kalau satu keluar, satu lagi ikut keluar, akhirnya BN tidak boleh bertanding. Hal ini sudah berulang kali saya ingatkan,” jelas beliau.

Mengulas kenyataan MIC yang dilihat memberi bayangan akan keluar BN, Dr Azam menyatakan perkara itu adalah hak parti berkenaan.

“Kalau nak keluar, keluarlah. Nak masuk PN, masuklah. Itu bukan bidang saya untuk komen. Bagi saya, itu pilihan mereka,” tegasnya sebelum menutup kenyataan dengan ucapan ringkas, “No comment. Terima kasih.”

Kenyataan ini dijangka akan mencetuskan reaksi politik dalaman BN, khususnya menjelang persiapan ke arah PRU16, di mana isu perwakilan parti komponen dilihat semakin mencabar.

#PolitikMalaysia #UMNO #MIC #MCA #BarisanNasional #PRU16 #PolitikTerkini #IsuSemasa #KerajaanPerpaduan #BeritaPanas

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f