KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2025 – Dunia pengangkutan dan teknologi jalan raya bakal menyaksikan satu revolusi besar apabila Ekspo Teknologi Jalan & Trafik MY-ASEAN (My-ARTTE) 2025 menghimpunkan pemain industri terbesar rantau ini dari 3 hingga 5 November di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Buat julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dengan kerjasama Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), My-ARTTE 2025 bakal menjadi platform berprestij yang mempertemukan penggubal dasar, penyelidik, inovator dan peneraju teknologi dari seluruh ASEAN.

Bertemakan “Masa Depan Mobiliti Pintar”, pameran ini akan menampilkan fokus utama kepada AI, Big Data, sistem pengangkutan pintar (ITS), keselamatan jalan raya, teknologi terowong dan jambatan, serta mobiliti bandar pintar.

Lebih menarik, Konvensyen Penyenggara Jalan Raya Malaysia (MRMC) turut berlangsung serentak, menjadikan My-ARTTE 2025 medan perbincangan dasar dan perkongsian teknologi terulung untuk infrastruktur serta penyelenggaraan jalan raya moden.

Dengan sokongan penuh kerajaan melalui KKR dan JKR, acara ini diyakini mampu memacu agenda pengangkutan lebih selamat, mampan dan moden, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau ASEAN.

Pameran ini dijangka menarik ribuan pengunjung profesional, pelabur, penyelidik dan masyarakat umum yang ingin melihat sendiri inovasi terkini dalam teknologi jalan raya dan trafik.

#MyARTTE2025 #SmartMobility #RoadTechASEAN #FutureTransport #InovasiMalaysia #MITEC2025 #HighwayInnovation #SustainableMobility #TechForRoads #MalaysiaLeadsASEAN
#FutureOfMobility #InovasiJalanRaya #ASEANTrafficTech #SmartTransportation

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f