KUALA LUMPUR, 18 September – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, menegaskan bahawa keputusan UMNO Batu untuk memutuskan hubungan politik dengan komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat Parlimen Batu dan Wilayah Persekutuan adalah tindakan mempertahankan maruah serta hak parti.

Beliau berkata tindakan itu dibuat setelah mendapati YB Menteri Wilayah Persekutuan sendiri telah melanggar pekeliling rasmi yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut pekeliling tersebut, satu kuota sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu perlu diberikan kepada Ketua Parti Kerajaan iaitu BN/UMNO. Namun, perkara itu tidak dilaksanakan walaupun telah dipersetujui sebelum ini.

“Hak, janji perlu dikota. YB Menteri WP sendiri yang keluarkan pekeliling, tetapi dia sendiri yang melanggar. UMNO Batu tidak boleh dibuli,” tegas Datuk Gulam.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tersebut bukan semata-mata soal jawatan, tetapi demi mempertahankan “value” dan “harga diri” UMNO Batu yang tidak boleh diketepikan atau dipinggirkan.

#UMNOBatu #MaruahUMNO #HakDikota #UMNOBukanBolehDibuli #MenteriWPLanggarPekeliling #PolitikMalaysia #PHvsUMNO #SuaraAkarUmbi #UMNOWilayah #BeraniKeranaBenar

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f