RM7.9 Bilion untuk TVET: Tahfiz, AI & EV Jadi Fokus Malaysia!

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Belanjawan Madani 2026 adalah benar-benar Belanjawan Rakyat yang menekankan kesejahteraan desa, kelestarian pembangunan dan pengukuhan ekonomi Bumiputera.

Belanjawan kali ini memperuntukkan jumlah keseluruhan RM470 bilion, dengan RM12.4 bilion khusus kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), meningkat 3.69% berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, RM3.3 bilion diperuntukkan untuk prasarana luar bandar, termasuk pembinaan jalan desa, bekalan air bersih, lampu jalan kampung serta pemasangan panel solar. Tiga agensi utama – FELDA, RISDA dan FELCRA – turut menerima hampir RM2.4 bilion, memberi manfaat kepada lebih 720,000 peneroka dan pekebun kecil.

MARA pula diperuntukkan hampir RM50 juta untuk menaik taraf 363 premis perniagaan yang bakal memberi impak kepada lebih 7,300 usahawan, selain RM100 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat pemula dalam sektor bernilai tinggi.

Komuniti Orang Asli tidak diketepikan apabila peruntukan mereka meningkat kepada RM412 juta, termasuk pembangunan infrastruktur, pendidikan serta pindaan Akta Orang Asli 1954 untuk memperkukuh hak tanah dan kebajikan.

Dalam aspek pendidikan dan generasi muda, Kerajaan memperuntukkan RM7.9 bilion untuk TVET, termasuk bidang strategik seperti AI, kenderaan elektrik dan semikonduktor. Malah, lebih 10,000 pelajar tahfiz akan didedahkan dengan program digital dan kecerdasan buatan melalui Majlis TVET Negara.

Selain itu, RM150 juta disalurkan bagi menaik taraf prasarana sekolah agama rakyat dan tahfiz, manakala 720 pelajar tahfiz diberi latihan kemahiran profesional melalui GiatMARA.

Kerajaan juga melaksanakan inisiatif besar seperti:

RM2.2 bilion untuk 43 projek Rancangan Tebatan Banjir,

RM500 juta untuk Tahun Melawat Malaysia 2026,

RM460 juta memperkukuh NADMA,

serta RM380 juta bagi kerja pengawalan hakisan pantai.


Dalam usaha memperkasa ekonomi Bumiputera, lebih RM6 bilion diperuntukkan kepada MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM, manakala untuk usahawan Bumiputera disediakan pakej pembiayaan dan jaminan bernilai berbilion ringgit.

Bagi sektor ekonomi gig, Akta Pekerja Gig 2025 mewajibkan caruman PERKESO dengan Kerajaan menanggung sehingga 70% caruman bagi tahun pertama.

Belanjawan 2026 ini bukan sahaja melindungi rakyat, malah pelaburan untuk masa depan Malaysia yang lebih mampan, berdaya tahan dan makmur,” tegas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

#BelanjawanMadani2026 #BelanjawanRakyatn#MalaysiaMajun#EkonomiBumiputeran#TVETMalaysia #PembangunanLuarBandar #OrangAsliSejahtera #FELDA #RISDA #FELCRA #UsahawanBangkit #MalaysiaMadani

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f