KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2025  — Ketua UMNO Bahagian Bangi, Dato’ Dr. Mohd Zaidi Zain menyifatkan hari ketiga penghujahan dalam kes 1MDB yang membabitkan Dato’ Sri Najib Tun Razak semakin memperlihatkan kekuatan dan keabsahan pembelaan bekas Perdana Menteri itu.

Menurut beliau, penghujahan pihak pembelaan semakin hari semakin menarik apabila menunjukkan bahawa Dato’ Sri Najib tidak pernah memberikan sebarang arahan berhubung pengeluaran atau pembayaran wang dalam syarikat 1MDB.

“Apa yang dilakukan beliau adalah dalam kapasiti rasmi sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, selaras dengan peranan yang termaktub dalam perlembagaan. Beliau bukanlah pihak yang membuat keputusan eksekutif,” katanya.

Dr. Zaidi menegaskan bahawa semua keputusan pelaburan utama seperti dengan Tanjung Energy dibuat oleh Lembaga Pengarah (Board of Directors) dan dipelopori oleh pengurusan 1MDB sendiri, terutamanya Shahrol Azral.

“Dato’ Sri Najib bukan pihak yang memberi arahan terus. Beliau hanyalah orang terakhir dalam rantaian pentadbiran, bukan pelaksana keputusan. Maka tidak wajar beliau dipersalahkan,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan pertuduhan terhadap Najib, khususnya dalam pertuduhan kedua, sebagai suatu rekayasa politik yang direka untuk menjatuhkan reputasi beliau.

“Kita nampak jelas ada unsur rekaan dan motif politik di sebalik pertuduhan ini. Insya-Allah, sambungan penghujahan esok akan lebih menarik,” katanya lagi.

Dr. Zaidi turut menyeru orang ramai agar peka dan mengikuti dengan teliti penjelasan-penjelasan yang dikongsikan melalui platform media sosial, khususnya di TikTok, bagi memahami situasi sebenar yang berlaku di mahkamah.

“Rakyat perlu sedar dan menilai sendiri kebenaran melalui penghujahan di mahkamah, bukan hanya melalui persepsi atau naratif yang diputar di luar sana,” tegasnya.

#NajibRazak #1MDBTrial #KeadilanUntukNajib #DrZaidiZain #UMNOBangi #IsuSemasaMalaysia #MahkamahTinggiKL #FaktaBukanFitnah #PolitikMalaysia #KebenaranAkanTerserlah

Leave a Reply