Assalamualaikum dan salam sejahtera,

  1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan.seolah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
  2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
  3. Memang semasa menjadi PERDANA MENTERI Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib berusaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
  4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.(Boleh rujuk kenyataan saksi SPRM & BNM didalam kes SRC yang mengesahkan tentang ketulenan DERMA dari kerjaan Arab Saudi)
  5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan.

Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menjadi PERDANA MENTERI, Mohd Najib tidak pernah melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

  1. Selama Mohd Najib menjawat jawatan PERDANA MENTERI,beliau memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.Itu belum dikira lagi peningkatan aset2 oleh KHAZANAH & PETRONAS yang berkali ganda
  2. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup sepanjang pentadbiran beliau. (INI SIAPA PUN TAK BOLEH NAFIKAN).

Contoh :- Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji sahaja, selepas pentadbiran beliau sebahagian besar dari kita sudah menjadikan ianya acara mingguan dan harian.

  1. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak yang dilupakan selama ini serta kawasan pedalaman seluruh negara mendapat perhatian khusus.

Dari Perlis hingga ke Sabah tidak dilupakan malah rakyat negeri KELANTAN dibawah pentadbiran PAS pun tidak dinafikan hak mereka..Segala dana2 pembangunan disalurkan seperti negeri2 lain

Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

Projek2 mega dan aset negara yang selama ini diswastakan kini milik KERAJAAN & RAKYAT..

  1. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
  2. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
  3. Beliau yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
  4. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
  5. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri beliau juga dicerca, dihina dan difitnah bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
  6. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
  7. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha dan menafikan nikmat hidup semasa pentadbiran beliau

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.Banyak sudah contoh bagaimana nasib negara2 tertentu yang rakyat mereka menjatuhkan pemimpin mereka secara ZALIM atas ikut – ikutan.

Wassalam,

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bulkhori #StayStrongNajibRazak

Leave a Reply