Mesyuarat MKT Umno berjalan dengan baik dan tiada pun pergolakan dalam UMNO. Kita tenang sahaja.

Tak usah percaya cerita-cerita yang disampaikan oleh pihak “opportunist”. Mereka ini sengaja mahukan UMNO berpecah.

Pembangkang tepuk tangan bila kita bergaduh. Tidak perlu beri mereka peluru untuk tembak kita.

Musuh UMNO ada di mana-mana. Alhamdullilah pemimpin kita baik-baik semuanya.

Akar umbi UMNO juga perlu rasional dan terus bersatu.

Kita semua ada peranan penting untuk memperkukuhkan parti sebelum PRU-15.

Rapatkan ukwah antara kita. InshaAllah kita mampu yakinkan rakyat bahawa UMNO adalah parti yang terbaik untuk negara ini.

Semoga Allah SWT lindungi UMNO.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Leave a Reply