SERDANG, 25 Ogos – Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) jalin memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan kerjasama dalam bidang penyiaran kepada pelajar UPM. MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPM, YH. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan berkata agenda MoU itu bertepatan dengan Matlamat 1 dalam Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021-2025, iaitu mewujudkan Melahirkan

Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang. “Ini adalah sejajar dengan hasrat universiti bagi memastikan pelajar UPM seiring dengan kehendak di industri serta mempertingkatkan tahap kompetensi pelajar bidang penyiaran yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar,” katanya.

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata melalui kerjasama strategik UPM-FDAM akan dapat membantu pelajar UPM khususnya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM bagi mempertingkatkan ilmu penulisan, pengarahan, lakonan, pengurusan produksi,

jurukamera/lampu, suntingan dan yang berkaitan. “Dengan usahasama ini FDAM secara langsung dapat melatih pelajar untuk mengorak langkah untuk seiring dengan perkembangan penyiaran masa kini yang sering berlakunya perubahan dari masa ke semasa,” katanya,

Sementara itu, Dato’ Seri Mahdzir Khalid menghadiri Ekspo Buku Malaysia 2022 Persidangan Buku Antarabangsa 2022 Anugerah Buku Negara 2022 & Forum Kelab Penulis sempena Carta Buku UNESCO & Memartabat Bahasa Melayu Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)-UPM.

Beliau berkata program itu memberi dorongan dan semangat dalam melestarikan system Pendidikan negara.

“Saya menyokong usaha murni YPBN bersama UPM yang menjadikan ekspo dan persidangan ini sebagai satu wadah ke arah memajukan ilmu pengetahuan dan rangkaian industri buku,” katanya.

Leave a Reply