KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 — Hampir setahun melalui tekanan, fitnah dan tuduhan menceroboh rumah artis Zarina Anjoulie (anjoo), hari ini menjadi detik kelegaan besar buat usahawan dan influencer, Nurul Ariani, apabila Mahkamah Majistret Seremban mengesahkan bahawa pertuduhan terhadapnya telah digugurkan selepas penerimaan representasi oleh pihak pendakwaan.

Nurul hadir ditemani aktivis PPIM, Kak Jan, serta barisan peguamnya dari Tetuan Share, Alzalip & Co — Encik Anif Rafih dan Encik Amer Haiqal, yang sejak awal komited membantu membersihkan namanya dalam kes yang turut mengaitkan seorang artis terkenal, Zarina Anjoulie (Anjoo).

“ALHAMDULILLAH… SAYA DILEPASKAN” – NURUL

Menurut Nurul, keputusan hari ini menutup episod gelap yang mengganggu kehidupan, perniagaan serta nama baiknya selama hampir setahun.

“Alhamdulillah… syukur sangat dengan berita gembira yang saya terima hari ini. Terima kasih kepada peguam-peguam saya yang mempertahankan saya. Akhirnya saya dilepaskan kerana memang benar saya tidak pernah menceroboh rumah sesiapa,” katanya.

Nurul menjelaskan bahawa semua tindakannya sebelum kejadian dibuat mengikut garis panduan undang-undang, termasuk membuat laporan polis sebelum pergi melihat keretanya yang didakwa rosak — kereta yang sebelum ini dilarikan selama tiga bulan.

Namun, katanya, insiden itu sebenarnya didalangi pihak tertentu yang “menyusun” keadaan sehingga beliau dituduh sebagai penceroboh.

PERNIAGAAN ROSAK, NAMA DIPIJAK — “SAYA DISET-UP”

Kes ini turut memberi tamparan hebat kepada perniagaannya apabila serangan di media sosial menyebabkan kedai ditutup.

“Saya disetting oleh mereka sendiri. Saya pergi hanya kerana diarahkan untuk ambil kereta. Tapi akhirnya saya yang dipersalahkan. Sampai bisnes saya musnah… saya jadi fobia nak bekerjasama dengan artis,” luahnya.

Namun Nurul memilih untuk memaafkan walaupun tidak melupakan penganiayaan tersebut.

“Di dunia saya maafkan… tapi melupakan itu tidak. Saya harap mereka ambil iktibar,” katanya lagi.

PPIM: “INI PENGAJARAN, BUKAN KEGAGALAN”

Aktivis PPIM, Kak Jan, yang sentiasa menemani Nurul sepanjang proses ini, berkata kes ini menjadi pengajaran besar buat para peniaga.

“Ini bukan kesilapan. Ini pembelajaran. Jangan terlalu percaya sesiapa walaupun datang dengan alasan ingin membantu,” tegasnya.

PPIM turut menasihatkan para peniaga dan founder agar sentiasa menyemak latar belakang individu sebelum bekerjasama dengan mana-mana artis atau influencer.

PUJIAN BUAT PEGAWAI PENDWAKAAN DAN MAHKAMAH

Dalam kenyataan tambahan, Nurul merakamkan penghargaan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, timbalan pendakwa raya, serta Puan Majistret yang mempertimbangkan representasinya dan melepaskannya daripada pertuduhan.

“Perjalanan ini sangat panjang… selepas ini saya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga, kesihatan ayah saya dan kerjaya,” katanya.

#NurulAriani #PPIM #KeadilanDitegakkan #MahkamahSeremban #KesZarinaAnjoulie

Leave a Reply