KUALA LUMPUR – “Bisnes ini bertulang daripada niat,” demikian tegas Dr Kamsani, pengusaha Ayam Kampung Al-Hijrah yang menekankan bahawa setiap usaha dalam menyediakan makanan halal wajib dibina atas integriti dan ketelusan.

Menurut beliau, industri makanan masa kini semakin mencabar apabila masyarakat sering terpedaya dengan kecantikan restoran tanpa menilai sumber makanan yang halal. “Orang kita tertarik kepada kecantikan, bukan kepada halalnya. Bila masuk, yang keluar pun tak bagus,” katanya merujuk kepada fenomena restoran asing yang semakin mendapat sambutan walaupun status halalnya meragukan.

Akar Masalah: Pengguna Kurang Peka Tentang Halal

Dr Kamsani menegaskan, isu utama bukan sekadar makanan yang tidak halal, tetapi kesannya kepada kesihatan dan generasi masa depan. Beliau memberi contoh penggunaan plastik dalam minyak gorengan dan dedak yang dicampur bahan meragukan—antara punca toksik yang akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

“Sebab plastik tu toxic. Bila masuk dalam perut, dia tersangkut… itu yang membuatkan kita kena cancer,” jelasnya.

Ayam Kampung Al-Hijrah: Amalan Sembelihan & Penjagaan Strict Syariah

Mengulas tentang operasi Ayam Kampung Al-Hijrah, beliau menerangkan proses penjagaan ayam yang mengikut disiplin syariah ketat – termasuk memandikan ayam sebelum sembelih, memastikan darah keluar sepenuhnya, serta pembekuan dalam masa 20 minit bagi mengelakkan pembiakan bakteria.

“Ini ayam betul, bukan ayam tiruan. Kita buat sendiri. Bila sembelih, kita mandikan lagi, darah habis keluar… inilah yang kita perjuangkan untuk orang Islam,” katanya.

Respons Pelanggan: Hilang Resdung & Disyorkan Kepada Pesakit Kanser

Menurut Dr Kamsani, ramai pelanggan memberi maklum balas positif—termasuk seorang guru yang mendakwa resdungnya hilang setelah bertukar kepada ayam Al-Hijrah.

“Ada juga pesakit kanser, ovarian cancer dan lain-lain. Doktor tak benarkan makan ayam biasa, tapi ayam ini mereka boleh makan,” ujarnya.

Pelik Tapi Benar: Pembeli Cina Lebih Ramai Berbanding Muslim

Dalam nada kesal, Dr Kamsani mendedahkan bahawa pelanggan bukan Islam lebih menghargai kualiti ayamnya berbanding orang Islam sendiri.

“Cina suka beli. Orang Islam kata mahal,” katanya sambil menjelaskan bahawa harga yang sedikit lebih tinggi adalah selaras dengan proses pengeluaran yang teliti dan bersih.

Pembelian Kini Lebih Mudah

Produk Ayam Kampung Al-Hijrah kini boleh dibeli secara terus melalui laman web atau nombor telefon yang tertera pada pakej.

Untuk tempahan : 012-37733445

#AyamKampungAlHijrah #HalalBersih #MakananSihat #PentingnyaHalal #JaminanHalal #IsuHalalMalaysia.#IntegritiUsahawan #MakanDenganIlmu #AATVNews #DrKamsani

Leave a Reply