Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia – kini telah meningkat 4.4% bagi data Julai 2022.

Mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (29 Ogos) – kenaikan tersebut telah didorong hasil kenaikan Indeks Makanan yang meningkat 6.9%, kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi bulan lalu.

Selain itu, kesan asas yang lebih rendah pada tahun berikutan pemberian diskaun bil elektrik sehingga 40% mengikut jumlah penggunaan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan PEMULIH turut menjadi faktor – akan kenaikan inflasi pada Julai.

Selain indeks makanan, kumpulan indeks lain turut meningkat kecuali Komunikasi yang kekal tidak berubah, sementara Restoran dan Hotel naik 5.8%, Pengangkutan (5.6%), Hiasan, Perkasasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (4%) serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Elektrik, Bahan Api Lain (3.i8%).

Manakala Perkhidmatan, Rekreasi dan Kebudayaan turut meningkat .5%, diikuti Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.1%) serta Pendidikan 1.2%).

Secara menyeluruh berbanding Jun 2022, inflasi negara dari bulan ke bulan telah meningkat sebanyak 0.4% sementara bagi tempoh 7 bulan pertama tahun ini pula inflasi Malaysia telah semakin melonjak 2.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kredit : rnggt.com

Leave a Reply