Datuk Sri Najib Razak hari ini membuat satu hantaran terbarunya di laman Facebook milik beliau walaupun berada di penjara.
” Assalamualaikum. Salam kepada semua.
Beliau membuat hantaran sebentar tadi buat di facebooknya yang tulis hari ini
Gina beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya.
Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.
Saya berpeluang berjumpa peguam dan keluarga saya mengikut masa yang dibenarkan.
Bertanya juga mengenai perkembangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah.
Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsi dengan semua.
Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat.”
Nukilan dari Datuk Sri Najib Razak dari Penjara