KUALA LUMPUR — Aktivis sosial, Datuk Dr. Kalaivanar dari Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, sekali lagi memberi peringatan tegas kepada orang ramai berhubung peningkatan kes penipuan kewangan, khususnya sindiket keldai akaun yang semakin agresif memerangkap mangsa.

Beliau berkata, ramai pengguna media sosial masih terpedaya dengan iklan pelaburan palsu, tawaran pinjaman segera, dan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan luar biasa. Modus operandi sindiket itu biasanya meminta mangsa menyerahkan kad bank, maklumat peribadi, atau akses akaun kononnya bagi tujuan pengesahan.

“Ramai yang menyerahkan kad bank tanpa sedar risiko besar yang menanti. Akhirnya mereka disenarai hitam oleh bank dan berdepan siasatan polis di bawah Seksyen 423,” tegasnya.

Menurut Dr. Kalaivanar, kecuaian asas seperti tidak membaca amaran di ATM, mudah percaya tawaran luar biasa, dan serahan kad bank kepada individu tidak dikenali menjadi punca utama ramai terjebak.

Memorandum Kepada Bank Negara

Dalam usaha memberi suara kolektif kepada mangsa, Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara kini mengumpulkan semua mangsa keldai akaun bagi penyerahan satu memorandum rasmi kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Program itu dijadualkan berlangsung pada:

22 Disember 2025 (Isnin)
2.00 petang
BNM Link, Bank Negara Malaysia

Beliau menyeru semua mangsa dari seluruh negara agar tampil, bersatu dan menghubungi beliau segera bagi tujuan penyelarasan.

Bantuan Mangsa Keldai Akaun:
📞 Dato’ Dr. Kalaivanar – 011-2113 1488

#KeldaiAkaun #ScamAlertMalaysia #AwasPenipuanKewangan #MangsaKeldaiAkaun #BahanaKesetiaanNegara #LindungiAkaunAnda #BNMMalaysia #KesedaranSiber #StopFinancialScam #AATVMediaNews

Leave a Reply