PUTRAJAYA, 10 Disember 2025 — Pengerusi Pelaksana Konvensyen 153, Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa pemilihan Dewan Tunku Abdul Rahman, Saloma Bistro sebagai lokasi rasmi konvensyen pada 13 Disember 2025 dibuat atas faktor nilai sejarah yang tidak ternilai, dan bukannya atas pengaruh mana-mana individu.

Menurut beliau, Saloma Bistro merupakan lokasi yang sarat dengan simbolik sejarah negara, terutamanya berkaitan institusi diraja serta detik awal perkembangan sistem demokrasi dan Parlimen Malaysia.

“Ramai yang tidak mengetahui bahawa dewan ini sebenarnya pernah menjadi Dewan Parlimen pertama negara. Justeru, memilih lokasi ini adalah usaha untuk mengembalikan semangat perjuangan, kemerdekaan, serta roh kebangsaan yang menjadi asas pembinaan negara,” katanya.

Konvensyen 153 pada tahun ini dijangka menghimpunkan pelbagai tokoh, ilmuwan dan kepimpinan Melayu dari seluruh negara dalam usaha memperkukuhkan agenda kebangsaan berasaskan semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Acara tersebut turut dijangka menjadi platform penting bagi memperkukuh naratif perpaduan serta memperjelas hala tuju bangsa Melayu dalam kerangka Malaysia moden.

#Konvensyen153 #NohOmar #SalomaBistro #AgendaMelayu #Perkara153 #DewanParlimenPertama #AATVMedia #SejarahMalaysia #SuaraMelayu #PerpaduanNegara

Leave a Reply