SHAH ALAM, 2 SEPTEMBER 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor komited membanteras aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan subsidi dengan strategi penguatkuasaan menerusi risikan dan serbuan dalam membanteras aktiviti jenayah bersindiket penyelewengan khususnya melibatkan bahan api diesel bersubsidi di Selangor.

KPDNHEP Selangor telah menjalankan satu operasi membanteras kegiatan yang disyaki terlibat dengan penyelewengan barangan bersubsidi jenis diesel di sebuah premis kawasan perindustrian. Operasi digerakkan pada 1 September 2022, Isnin sekitar jam 10.00 malam di Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor.

Berdasarkan maklumat risikan dipercayai terdapat aktiviti keluar masuk kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan di lokasi sasaran serbuan dan akhirnya membawa kepada hasil serbuan pada malam tadi. Aktiviti disyaki wujud urus niaga jual beli diesel daripada stesen minyak yang berdekatan dengan premis yang diserbu.

Pasukan serbuan telah menahan sepuluh (10) orang lelaki, empat (4) daripadanya merupakan warganegara yang dipercayai sebagai pemandu lori, manakala enam (6) lagi warganegara asing Myanmar yang didapati bertugas sebagai pekerja menjaga premis. Kesemuanya telah ditahan bagi keperluan siasatan.

Tindakan merampas dan menyita kenderaan, bahan api jenis diesel serta lain￾lain peralatan/ barang yang ditemui semasa serbuan membawa kepada anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan ialah RM 97,200.00.

Antara barang rampasan terlibat ialah tiga (3) buah lori, enam (6) unit tong jenis IBC (Intermediate Bulk Containers), 2 tong jenis Skid Tank yang berisi disyaki jenis diesel dengan anggaran jumlah 19,400 liter dan peralatan jenis pam penyedut minyak sejumlah empat (4) unit.

Kes ini akan disiasat berhubung kesalahan yang disyaki telah dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan potensi kesalahan seperti berikut :
a) Seksyen 20 (1) AKb 1961 – Memindah/menyimpan barang kawalan di tempat
tidak berlesen.
b) Seksyen 21 AKB 1961 – Memiliki barang kawalan dengan menimbukan syak
yang munasabah akan melakukan kesalahan;
dibaca bersama ; Peraturan 3 PPKB 1974- Berurusan Barang Kawalan
Berjadual tanpa lesen dan;
c) Peraturan 18 (1) PPKB (Pindaan) 2021- Tidak boleh menggunakan atau
mengambil barang berjadual sepertimana dinyatakan dalam Ruang 1
Bahagian IV Jadual, Tidak boleh ada dalam milikannya kuantiti yang
dinyatakan dalam Ruang 2 Bahagian IV Jadual tanpa kebenaran melalui
permit yang dikeluarkan Pengawal.

KPDNHEP Selangor akan meneruskan siasatan lanjut ke atas sepuluh (10) orang tahanan untuk mengenal pasti individu atau mana-mana pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktiviti bersindiket ini. KPDNHEP Selangor juga akan terus pergiat kerjasama bersepadu bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam membanteras
aktiviti

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Runggit Malaysia(RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

KPDNHEP Selangor menegaskan pihaknya akan bertindak tegas serta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna

KPDNHEP Selangor juga meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan berkaitan perlakuan penyelewengan barangan bersubsidi di saluran rasmi berikut :
i. Whatsapp 019-2794317/ 019-8488000
ii. Portal e-aduan.kpdnhep
iii. Call Centre 1-800-886-800 iv.
Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
iv. Ez ADU KPDNHEP
v. Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor (setiap hari 8.00 pagi￾6.00 petang) 03 5514 4393

Leave a Reply