Kuala Lumpur, 3 September 2022 – My Dental Care, cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB) hari ini secara rasminya membuka cawangan ke-13 Klinik Pergigian My Dental Care di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga merupakan cawangan pertama di segi tiga emas ibu kota.

Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin berkata, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara.

Beliau berkata, ia juga akan memudahkan warga kota terutamanya mereka yang bekerja di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik.

Sempena pembukaan ini juga seiring dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Dr Zeefitri berkata, pelbagai tawaran istimewa akan diberikan.

TAWARAN ISTIMEWA

Antara tawaran istimewa adalah ‘Pakej Implan di mana setiap pelanggan akan menerima Caj Perundingan Percuma serta harga promosi antara RM8,000 sehingga RM9,000 sahaja.

Tidak cukup dengan itu, My Dental Care turut menyediakan Caj Perundingan Pemeriksaan Gigi Percuma.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan ‘scaling’ dan ‘polishing’, ianya tersedia pada harga RM99 dan percuma pemeriksaan serta konsultasi. Penjimatan sebanyak RM101 daripada harga asal.

Golongan kanak-kanak juga turut disediakan pakej istimewa seperti rawatan ‘polishing’ dan ‘topical fluoride’ pada harga RM69, penjimatan sebanyak RM71.

Selain itu, turut ditawarkan sempena pembukaan cawangan Medan Tuanku adalah Diskaun 10 peratus Untuk Semua Rawatan Gigi serta Penjimatan RM50 Bagi Rawatan Pergigian Kanak-Kanak.

Klinik Pergigian My Dental Care (Medan Tuanku) terletak di No 15, Jalan Medan Tuanku 1, Medan Tuanku, Kuala Lumpur dan dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.

26 CAWANGAN TAHUN INI

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho pula berkata, secara keseluruhannya, kumpulan menyasarkan membuka sebanyak 26 cawangan Klinik Pergigian My Dental Care tahun ini.

Beliau berkata, pembukaan cawangan-cawangan baharu itu bukan saja dapat memberikan perkhidmatan pergigian yang lebih efiksyen dan dekat dengan pelanggan tetapi turut membuka peluang pekerjaan kepada graduan kesihatan.

“MALB mempunyai komitmen menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia dan ianya dapat dicapai melalui pembukaan lebih banyak klinik pergigian di bawah kumpulan.

“Malah dengan pembukaan klinik pergigian yang lebih banyak selain pengukuhan operasi anak-anak syarikat di bawah MALB, ia juga dapat mempercepatkan langkah kami untuk menjadi syarikat tersenarai dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Leave a Reply