Oleh : Dr Puad Zakarshi
Gerakan Tanah Air (GTA) tajaan Tun M memohon pada ROS untuk didaftarkan. Tidak ada parti dominan menyertainya. Ahlinya ialah Pejuang, BERJASA, PUTRA dan IMAN (India Muslim Nasional).
GTA berasaskan politik Melayu-Islam. Tanpa sokongan orang Cina, GTA tidak ke mana. DAP yang Tun M sucikan sebagai parti bukan cauvinis tidak lagi mempercayainya.
DAP serik dengan apa yang Tun M buat kepada mereka. PH tumbang selepas 22 bulan kerana politik toksik Mahathir-Muhyiddin.
GTA hanyalah muslihat Tun M untuk jadi “king maker”. Dia mencari “bargaining power”. Menang 2-3 kerusi sudah cukup untuknya mencari mangsa baru.
Tun M mahu selamatkan politik anaknya Mukriz. Boboy diharap meneruskan legasinys. Hanya Muhyiddin yang boleh membantunya. Mereka berdua sama sama desperado.
Sudahlah Tun M-Muhyiddin. Game over. Niat kamu berdua untuk bunuh UMNO gagal.