KUALA LUMPUR , 15 Ogos 2026 – Seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bersatu dan bangkit menghentikan jenayah penipuan (scam) yang kini semakin licin, berleluasa serta menjangkaui batas pemikiran biasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan ( toqqi ) menegaskan bahawa sindiket penipuan kini semakin canggih dengan penggunaan teknologi terkini termasuk Kecerdasan Buatan (AI) sehingga ramai individu, termasuk golongan berstatus tinggi, mengalami kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.
Menurut beliau, pelbagai pihak sama ada secara sedar mahupun tidak—termasuk syarikat telekomunikasi dan agensi berkaitan—perlu memikul tanggungjawab bagi mengelakkan lebih ramai rakyat terus menjadi mangsa.
”Penipuan ini perlu dihentikan segera. Ramai yang telah terkena, termasuk kenalan saya sendiri yang berprofil hebat turut tertipu antara RM500,000 hingga RM600,000,” ujar beliau.
Sehubungan itu, Nadzim mengajak orang ramai, pihak berkuasa, peguam serta pelbagai agensi untuk duduk semeja, menyumbang idea dan berganding bahu merangka tindakan konkrit.
Satu perjumpaan khas dijadualkan berlangsung pada 20 hari bulan ini di Hotel Royale Chulan Damansara bagi membincangkan cadangan dan penyelesaian menyeluruh dalam memerangi ancaman ini.
#AwasScammer #PPIM #BanterasScam #ScamAI #BeritaAAC