filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 0; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; motionR: 0; delta:null; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (0.39619064, 0.82702404);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (0, 0);aec_lux: 250.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 39;

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2026 – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan penambahbaikan syarat dan garis panduan pentadbiran kad pengenalan pemastautin sementara (MyKAS) bagi golongan tanpa kewarganegaraan (stateless) yang layak.

Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim menjelaskan, langkah tersebut bukan bertujuan menuntut MyKAS diberikan secara automatik, sebaliknya mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan mekanisme saringan yang lebih telus dan adil.
Menurutnya, Peraturan 5(3)(c)(ii) di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 sedia mengiktiraf individu yang lahir di Malaysia tetapi tidak dapat ditentukan kewarganegaraannya untuk memegang kad pengenalan hijau. Justeru, MHO mengemukakan enam cadangan utama kepada JPN:
Melonggarkan syarat permohonan agar status identiti ibu bapa tidak secara automatik menggugurkan pertimbangan kes.
Membenarkan penilaian dibuat berdasarkan situasi sebenar pemohon secara kes demi kes.
Mewujudkan garis panduan pentadbiran khusus bagi perlindungan isu statelessness.
Menyediakan mekanisme rayuan dan semakan semula yang telus.
Meminda SOP serta garis panduan dalaman MyKAS agar selari dengan prinsip pencegahan ketiadaan kewarganegaraan.
Memastikan individu tanpa identiti rasmi tidak dinafikan hak asas seperti akses kepada pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan, dan perlindungan undang-undang.
Menjawab kekeliruan orang ramai serta kenyataan agensi kerajaan, Hishamuddin menegaskan bahawa “Kad Stateless MHO” bukan dokumen rasmi kerajaan, bukan pengganti MyKAS, dan tiada jaminan kelulusan diberikan melalui kad tersebut. Inisiatif itu hanyalah saringan awal dan bantuan pengurusan kes bagi individu yang terkesan.


Beliau turut menyokong amaran pihak konsulat dan kedutaan di Sabah mengenai sindiket penipuan MyKAS berbayar, sambil menegaskan bahawa MHO tidak pernah terlibat dalam sebarang urusan jual beli dokumen pengenalan diri.
#BeritaAAC #IsuMyKAS #MHO #StatelessMalaysia #HakAsasi