filter: null; fileterIntensity: null; filterMask: null; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; motionR: 0; delta:null; module: video;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: null;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 258.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 32;

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Momentum kegemilangan skuad sepak takraw negara yang melakar sejarah menamatkan kemarau 36 tahun dengan merangkul pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 kini diteruskan ke kancah tempatan menerusi pembukaan saingan CelcomDigi Sepak Takraw League (STL) 2026.
Saingan edisi ke-12 ini kembali dengan penuh prestij membabitkan 12 pasukan yang bakal berentap dalam tujuh siri Grand Prix bermula 6 Oktober 2026 sehingga 10 Januari 2027 di pelbagai venue seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menyifatkan penganjuran liga berprestij ini tepat pada masanya untuk menyemarakkan lagi ekosistem sukan berkenaan susulan kejayaan manis The Golden Tigers menewaskan Thailand 2-0 di pentas Sukan Asia baru-baru ini.
Menurut beliau, kesinambungan kecemerlangan ini menuntut kerjasama erat antara pihak kerajaan, persatuan dan sektor korporat seperti Astro serta CelcomDigi agar bakat muda terus digilap ke tahap tertinggi.
Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Wira Mohd Sumali Reduan pula menegaskan kejayaan konsisten di pentas antarabangsa—termasuk Sukan SEA, Piala Dunia, dan Sukan Asia—adalah bukti keberkesanan ekosistem STL yang kukuh sejak diperkenalkan.
Menariknya pada musim ini, saingan divisyen buat julung kalinya diadakan di Akademi Sepaktakraw Malaysia serta diserikan dengan kehadiran 24 pemain import dari Thailand, Filipina dan Jepun, sekali gus membuktikan liga ini setaraf saingan elit antarabangsa.
Malah, pasaran pemain tempatan turut menyaksikan lonjakan nilai komersial yang tinggi apabila pasukan-pasukan bersaing mendapatkan khidmat pemain berkualiti dengan sokongan penaja korporat.
Edisi kali ini turut menyaksikan kepulangan tonggak berpengalaman seperti bekas kapten Farhan Adam yang kembali memperkuatkan Selangor Pistons demi komitmen kerjaya serta misi membimbing bakat-bakat muda.
Sementara itu, Perak Bison berdepan sedikit debaran apabila pemain utamanya, Aizat Nor Azmi, dilaporkan mengalami sedikit kecederaan koyak otot dan kini sedang menantikan keputusan imbasan MRI penuh.
Dengan rekod tontonan digital melebihi 200 juta tontonan musim lalu, CelcomDigi STL 2026 dijangka terus mencipta fenomena luar biasa dalam kalangan peminat tempatan dan serantau.
#CelcomDigiSTL2026 #SepakTakrawLeague #IniKitePunya #TheGoldenTigers #BeritaAAC