filter: null; fileterIntensity: null; filterMask: null; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; motionR: 0; delta:null; module: video;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: null;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 292.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 34;
KUALA LUMPUR, 24 November 2026 – Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan telus berhubung kematian tragis seorang pemandu lori tangki, Dharmaseelan, 28, yang maut dalam satu kemalangan ngeri di sebuah kawasan kuari di Ampang pada 20 November lalu.
Aktivis sosial, Datuk Dr. Kalaivanar dalam satu sidang media hari ini mendedahkan, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 hingga 11.00 pagi ketika mangsa yang berasal dari Seremban sedang menurunkan bekalan minyak diesel di lokasi berkenaan.

Menurut beliau, lori tangki dipandu mangsa dipercayai mengalami kerosakan atau gagal mendaki laluan berbukit di kuari terbabit sebelum sebuah jentera berat jenis shovel (jentolak) dibawa masuk untuk menarik kenderaan tersebut menggunakan kabel dawai.
Bagaimanapun, operasi menarik kenderaan itu bertukar menjadi malapetaka apabila salah satu jentera dipercayai tergelincir di atas permukaan batu kerikil yang licin, menyebabkan bahagian gigi tajam shovel tersebut tertusuk ke bahagian perut mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan parah dan patah tulang belakang.
Dr. Kalaivanar melahirkan rasa curiga yang mendalam terhadap pengendalian kes tersebut selepas mendapati tiada sebarang tindakan sitaan dilakukan ke atas lori tangki mahupun jentera berat yang terlibat di lokasi kejadian.
Lebih mengejutkan, keluarga mangsa dimaklumkan bahawa lori serta jentera terbabit didakwa telah dicuci bersih selepas insiden berlaku, sekali gus menimbulkan kebimbangan wujudnya cubaan melupuskan bahan bukti forensik.

Beliau turut mempersoalkan peranan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) serta pihak polis yang didakwa gagal bertindak segera menyita tempat kejadian atas alasan insiden berlaku di kawasan persendirian dan bukannya di jalan raya awam.
Selain itu, dakwaan ketiadaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kuari serta kelewatan pihak polis memaklumkan kejadian kepada waris mangsa di Seremban turut mengundang kekecewaan keluarga.
Keadaan menjadi lebih menyayat hati apabila waris mendakwa hanya dibenarkan melihat wajah mendiang di bilik mayat Hospital Ampang tanpa dibenarkan memeriksa kecederaan keseluruhan badan, selain proses bedah siasat yang dijalankan secara tergesa-gesa pada malam kejadian.
Sehubungan itu, pihak sekretariat kini sedang menggerakkan tindakan undang-undang melalui peguam litigasi sivil bagi memohon perintah injunksi dan preservation order di mahkamah supaya pihak syarikat tidak melupuskan jentera serta kabel yang digunakan.
Satu laporan rasmi juga akan dimajukan segera kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bagi menyemak semula ketelusan siasatan pegawai penyiasat terlibat.
Dalam masa sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKKP digesa menyerahkan laporan lengkap bedah siasat, gambar forensik kecederaan, serta hasil siasatan teknikal kepada keluarga mangsa secara profesional.
”Nyawa pekerja bukan seperti mati katak; tanpa mengira bangsa atau agama, kami akan berjuang habis-habisan menuntut keadilan undang-undang terhadap pihak majikan dan pengusaha kuari yang cuai,” tegas Dr. Kalaivanar.
#KeadilanUntukDharmaseelan #TragediKuariAmpang #KeselamatanPekerja #BeritaAAC #TuntutKeadilan