Oleh : Dr Puad Zakarshi

A Kadir Jasin sama macam Tun M. Puas dan gembira bila Najib dipenjarakan. Ia umpama dendam berbayar. Mereka malu kerana PH berkuasa 22 bulan sahaja

Memang dendam pun. Pulohan tuduhan terhadap Najib, Zahid dan beberapa pemimpin UMNO lain hanyalah “political persecution”. Tun M pun dapat duit dari UKSB.

Nelson Mandela dipenjara 27 tahun. Apakah untuk menebus dosa? Bagaimana pula mereka yang berkomplot memenjarakan orang lain? Apakah mereka tidak perlu tebus dosa?

Kadir Jasin dan Tun M lupa satu perkara. Mereka berdua bebas dari segi fizikal. Tetapi jiwa dan minda mereka tidak bebas. Mereka terpenjara dengan hidup memfitnah.

Rawatan Najib pun dia fitnah. Dia sindir Najib, kalau tidak sakit bolehlah buat rawatan sakit psikiatrik. Jangan nanti Kadir dan Tun M perlu rawatan psikiatrik kerana terus meratib nama Najib.

Leave a Reply