Parti Gerakan Rakyat Malaysia tidak akan mengulangi kelemahan yang pernah dilakukan pada Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri sebelum ini.
Menurut Presiden Nasional Parti Gerakan YB Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, kita akan cuba untuk mengelak daripada melakukan kelemahan yang sama dan berjanji ianya akan diubah menjadi kekuatan untuk parti.
“Ini kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) amat penting bagi kami (GERAKAN) jadi sebagai presiden saya akan memastikan kelemahan itu tidak akan diulangi.
“Tetapi mengikut bacaan kami. PRU15 kemungkinan tidak dilaksanakan pada tahun ini kerana kesuntukkan masa dan berapa negeri dibawah pimpinan PAS dan Pakatan Harapan tidak menyokong pembubaran tersebut,” katanya pada sidang media di Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata, beliau meminta jawatankuasa pusat membuat pertimbangan untuk berbincang dengan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional mengenai penggunaan bendera GERAKAN.
“Saya meminta untuk GERAKAN Pulau Pinang menggunakan bendera kami sendiri untuk bertanding pada PRU15 nanti.
“Ini kerana ramai rakyat Pulau Pinang berpendapat kami masih lagi dalam Barisan Nasional(BN). Bendera PN dan agak sama jadi ia juga boleh menjadi punca penolakkan rakyat pada kami pada PRU15 nanti.”
tegas beliau.