1.Selaku Presiden PUTRA dan sebagai hamba Allah, saya menjunjung kasih diatas titah Baginda Sultan Perak mengenai RASUAH yg membawa berbagai malapetaka kepada rakyat negara.

Titah Baginda amat tepat, amat benar dan amat bertangong jawab kpd kepentingan rakyat dan negara.Saya amat bersyukur dan menjunjung kasih kpd Baginda Sultan Perak.Titah yg wajib mendapat perhatian dan penghayatan dari seluruh rakyat jelata.

2.Selaku hamba Allah dan Presiden Putra dan sebelum ini mantan Presiden Ngo Perkasa, inilah intipati yg saya suarakan tanpa jemu dan letih, sama ada dalam ucapan2 dasar dan di mana sahaja termasuk Ceramah2 dan sebagai ahli Panel berbagai forum.

3.Negara Msia sudah jadi Negara busuk dengan imej rasuah.Sudah terkenal di seluruh dunia dgn imej rasuah.Amat memalukan dari sebuah negara tersohor menjadi negara terburuk akibat rasuah dan salah guna kuasa. Rasuah bukan sahaja berlaku di kalangan orang politik tapi juga di kalangan penjawat awam di semua peringkat. Orang politik melakukan rasuah hasil dari kerjasama penjawat2 awam yg berkuasa.Mustahil orang politik bolih melakukan rasuah tanpa penjawat awam yg menjadi tali barut dan ini yg di katakan guru kencing berdiri,murid kencing berlari.

4.Jika hasil kekayaan negara di tadbir urus dgn baik dan telus tanpa rasuah dan salah guna kuasa, Negara Malaysia adalah yg termakmur di dunia dan sifar kemiskinan serta rakyat yg paling bahagia di muka bumi ini.Rakyat hanya sekitar 32 juta dan Allah anugerah minyak,gas,berbagai hasil galian,kayu kayan yg bermutu,tanah yg subur sehingga menjadi pengeluar sawit dan getah terbesar di dunia,alam semula jadi yg indah dan berbagai keistimewaan tanpa apa2 bencana gempa bumi,tsunami atau letupan gunong berapi.

Negara2 lain tidak ada kelebihan saperti Malaysia tapi maju, hebat dan tidak ada masaalah kronik saperti Malaysia yg sudah berhutang lebih 1.4 trillion, nilai ringgit jatuh merudum, krisis makanan,inflasi dan penganguran.Sedih yg teramat sangat.

5.Jika Negara di tadbir secara berintegriti dan urus tadbir yg bersih dan bebas rasuah, maka kekayaan negara yg dapat di selamatkan dari rasuah dan salah guna kuasa, Negara kita Malaysia mampu melaksanakan dasar dan program Percuma utk semua kaum dan sekali gus selesai isu perkauman iaitu PENDIDIKAN PERCUMA, PERUBATAN PERCUMA, RUMAH KEDIAMAN PERCUMA UTK GULONGAN MISKIN, PENGANKUTAN YG TERBAIK SERTA APA JUA CUKAI2 TIDAK SANGAT MEMBEBANKAN RAKYAT Malu kita kpd negara jiran Singapura dan lain2 negara yg hebat tapi Msia setaraf negara Sri Lanka.

6.Apakah cara untuk membasmikan rasuah?Apakah cukup dgn undang2 yg ada sekarang.Panjang utk di huraikan kelemahan2 yg wujud walaupun berbagai jawatankuasa di wujudkan. Hasil nya habis duit bayar eluan sahaja.Proses tindakan melalui sistem yg ada sekarang mengambil masa yg lama, rumit dan melibatkan banyak peruntukan utk tangani sesuatu kes rasuah.Proses pembicaraan begitu lama(adakala yg di tuduh mati dulu sebelum kes selesai) dan memerlukan pembuktian tanpa ragu atau beyond resonable doubt.. Bukti hilang dan saksi bolih di beli atau sebagainya.

7 .PUTRA mencadangkan di wujudkan segera Akta Sebotaj Ekonomi atau ASE yg berkonsepkan atau seakan Akta ISA yg di gunakan untuk mencegah sebelum kesalamatan negara tergugat. Kehancuran ekonomi dan kewangan negara bolih menjuruskan kepada ancaman keselamatan negara bilamana rakyat bangkit memberontak kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pengalaman revolusi Iran sebagai bukti dan kejatuhan Marcos Filipina dan terbaru di Sri Lanka.

Panjang huraian bagaimana modus operandi Akta Sabotaj Ekonomi hendak di jalankan.Saya mempunyai cadangan dan sedia membantu kerajaaan jika di perlukan.Ini di antara hasrat saya utk di perjuangkan dalam Parlimen nanti selepas PRU15 jika mendapat mandat dari rakyat.

Hanya melalui Akta Sebotaj Ekonomi sahaja dapat membasmi rasuah dan salah guna kuasa secara berkesan.
Di Negara China hukum nya bunuh jika rasuah dan hukuman keras dan tegas saperti di Singapura.

Daulat Tuanku Baginda Sultan Perak

Ya Allah Selamatkan Malaysia dari Rasuah.

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali
Presiden Putra
22 hb Sept 2022.

Leave a Reply