KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengumumkan bahawa persidangan modal insannya yang berprestij serta dinanti-nantikan telah kembali selepas dua tahun. Perincian itu didedahkan pada pengumuman media yang dibuat Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, di sini, hari ini.
Acara yang sebelum ini dikenali sebagai HRDF Conference & Exhibition itu telah menjadi acara utama tahunan HRD Corp sejak 2001. Kini, pada kali yang ke-20, ia telah dijenamakan semula kepada National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) 2022 dan dijangka berlangsung pada 8 & 9 November 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Bertemakan HR 5.0: The Next Evolution in Human Resource Development, ia akan menampilkan enam (6) sesi yang bertujuan untuk melengkapkan pemimpin, pemain industri, pengurusan kanan, pengamal Sumber Manusia dan pekerja profesional dengan kemahiran serta pengetahuan untuk melaksanakan inisiatif transformasi modal insan dalam organisasi masing masing.
Persidangan tersebut akan turut menampilkan 30 penceramah serta pakar bidang tempatan dan antarabangsa yang terkenal serta lebih 200 pemparer dari pelbagai industri. Persidangan itu dijangka menarik lebih 2.000 delegasi dari Malaysia dan rantau ini.
Ketika membuat pengumuman. Datuk Seri M. Saravanan berkata Sumber Manusia akan menjadi penggerak masa depan kerja dan kemajuan ekonomi negara.
“Untuk itu, kerajaan komited untuk memastikan tenaga kerja dan bakat kita dipupuk serta dibangunkan dengan berkesan. Ini mestilah disokong oleh perniagaan dan industri, NHCCE 2022 akan menjadi platform yang tepat untuk mencetuskan perbualan penting tentang perkara yang boleh kita lakukan bersama untuk memacu kepimpinan, inovasi dan transformasi di tempat kerja. la juga akan membolehkan pemain dan tokoh industri Malaysia mengembangkan rangkaian profesional. berkongsi cabaran serta membincangkan penyelesaian kepada cabaran Sumber Manusia semasa dan masa depan yang bakal dihadapi mereka.”
Datuk Seri M. Saravanan turut mengumumkan bahawa HRD Corp akan menganjurkan Majlis Makan Malam Gala Anugerah HRD 2022 sempena NHCCE 2022. Anugerah tersebut merupakan acara tahunan yang mengiktiraf kecemerlangan pembangunan sumber manusia di peringkat organisasi dan nasional. Penyertaan untuk anugerah tersebut dibuka sejak April 2022 dan pemenang akan diumumkan pada Majlis Makan Malam Gala tersebut.
Anugerah tersebut termasuk anugerah untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Perusahaan Besar meliputi Sektor Pembuatan, Perkhidmatan dan Perlombongan & Pengkuarian. Satu pemenang bertuah juga akan membawa pulang Anugerah Menteri Sumber Manusia yang menjadi rebutan para pengamal Sumber Manusia.
NHCCE 2022 kini dibuka untuk pendaftaran. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM200 untuk pas pelajar. RM1.350 untuk pas kumpulan (dengan minimum 3 peserta). RM1,400 untuk pas kakitangan kerajaan dan RM1,500 untuk pas standard.
Untuk maklumat lanjut mengenai NHCCE2022, sila layari www.hrdcorp.gov.my/nhcce