PUTRAJAYA, 29 September 2022 Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan September Kementerian Perumahan dan Kerajaan 2022 secara hibrid dan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis turut dihadiri oleh Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT, barisan Pengurusan Tertinggi, pegawai pegawai kanan dan warga KPKT.

Perhimpunan Bulanan kali ini dilihat amat signifikan dengan sambutan 365 hari YB Menteri bersama keluarga besar KPKT yang mencetuskan agenda utama KPKT yang baharu iaitu “Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia”. Agenda ini menyentuh segenap aspek kehidupan rakyat melalui tiga falsafah iaitu Merawat Keresahan Rakyat, Membina Keyakinan Rakyat dan Menepati Ekspektasi Rakyat serta diterjemahkan melalui tujuh (7) Teras seperti berikut:

FOKUS PERTAMA:
Memastikan penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti.

FOKUS KEDUA:
Mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

FOKUS KETIGA:
Memperkasa pembangunan komuniti bandar.

FOKUS KEEMPAT:
Mempertingkatkan kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan.

FOKUS KELIMA:
Mengutama kemampanan bandar pembanguatan daya tahan Bandar Hijau.

FOKUS KEENAM:
Mentransformasikan pengurusan sisa pepejal pembangunan ekonomi kitaran.

FOKUS KETUJUH:
Sumber manusia, modal insan, bakat, pendekatan penyampaian yang berkesan serta tadbir urus yang cekap.

YB Dato’ Sri Reezal Merican berkata, “Formula A.S.K. iaitu Ambil Berat(A), Sentiasa Proaktif(S) dan Komunikasi(K) adalah tiga perkara yang perlu ditekankan dalam penyampaian perkhidmatan warga KPKT.

Tambah beliau, setiap warga KPKT perlu mengambil berat tentang persekitaran, tugas serta tanggungjawab masing-masing bagi memastikan sentuhan KPKT dapat Merawat Keresahan Rakyat.

Selain itu, cadangan dan idea yang sering dibawa oleh pasukan KPKT juga menghasilkan idea-idea bernas dan tindakan proaktif ini perlu dijadikan budaya kerja KPKT dalam Membina Keyakinan Rakyat.

Beliau turut menekankan komunikasi amat penting dalam Menepati Espektasi Rakyat terutama bagi persekitaran hyper-connected ketika ini di mana ia merupakan medium komunikasi dengan rakyat.

Bersempena dengan majlis ini juga, turut diadakan Majlis Pelancaran Reverse Vending Machine (RVM) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Klean yang pertama kali ditempatkan di premis kerajaan khususnya di kawasan Pusat Pentadbiran Putrajaya. RVM merupakan mesin berteknologi tinggi yang berfungsi untuk mengumpulkan barang kitar semula iaitu produk tin aluminium dan botol plastik dan dapat memberi ganjaran kepada pengguna antaranya e-Wallet Touch ‘n Go serta pelbagai lagi ganjaran penebusan. Sejak diperkenalkan pada tahun 2018 hingga hari ini, RVM mampu menjana pendapatan sehingga RM 215,000.00.

RVM juga turut mencatatkan data pengumpulan barang kitar semula berjumlah 346,000 botol plastik dan tin aluminium di mana ia membantu tahap peningkatan kadar kitar semula di sesuatu kawasan. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah memupuk kesedaran awam terhadap kepentingan kitar semula dan ke arah inisiatif ekonomi kitaran.

Dalam majlis sama, YB Menteri turut membuat lawatan ke Gerai Jualan Keluarga Malaysia MyRakyat di perkarangan Bangunan KPKT. Program anjuran Lembaga Pemasaran Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) ini menawarkan barangan keperluan harian ermasuk ayam, ikan, sayur-sayuran, minyak masak, dan barangan makanan kerim engan harga yang lebih yang rendah daripada pasaran.

Ini secara tidak langsu memberi manfaat kepada golongan rakyat dalam meringankan beban dan menjimatke s perbelanjaan harian. Setiap warga KPKT yang bergred 54 dan ke bawah menerima kupon diskaun sebanyak RM20.00 setiap seorang dan boleh ditebus guna semasa penjualan tersebut.

Mendepani cabaran fasa endemik, KPKT akan terus proaktif dan responsif terhadap keperluan dan kebajikan rakyat pada masa mendatang khususnya bagi menjayakan agenda “Malaysia Berdaya Huni ” atau “Liveable Malaysia” demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Leave a Reply