Mesyuarat MKT malam ini menerima perletakan jawatan Tan Sri Zulhasnan Rafique sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
UMNO turut merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat yang telah Tan Sri Zulhasnan Rafique berikan sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO.
Sebagai gantinya, mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO yang baharu, demikian kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Sri Ahmad Maslan malam ini.