Sebagai Pengarah Pilihanraya MUDA, saya ada tanggungjawab untuk terangkan status dan ketetapan Pakatan Pilihanraya (Electoral Pact) yang dicapai bersama-sama oleh MUDA dan Harapan.
Ketetapan ini juga dicapai bersama oleh Biro Politik MUDA dan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Ianya adalah:
- MUDA mendukung penuh ketetapan supaya Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia.
- MUDA dan Harapan bersetuju dengan ketetapan pembahagian kerusi dan mengelakkan sebarang pertindihan bagi menghadapi PRU15.
- MUDA boleh menggunakan logo MUDA bagi menghadapi PRU15 bersama-sama Harapan.
Sudah tentu beberapa siri mesyuarat dan rundingan dibuat dengan adil dengan penyertaan kedua-dua belah pihak.
Saya juga ada sebut dalam Sidang Pengumuman Calon MUDA bahawa ketetapan ini telah dimuktamadkan pada 29 Oktober 2022.
Bagi MUDA – saya, pimpinan dan seluruh ahli parti akan memastikan komitmen ini dipatuhi dan dipenuhi oleh kami. Pimpinan Harapan juga pastinya akan memenuhi ketetapan bersama ini.
Ini jelas.
Ketetapan Pakatan Pilihanraya ini juga dibuat dengan suci hati (“good faith”) dan sudah dimuktamadkan.
Saya sedia bertemu dengan pimpinan Harapan untuk menjelaskan lagi isu pengguna logo dan lain-lain ketetapan.
Semoga MUDA-Harapan menerima sokongan penuh rakyat Malaysia di dalam PRU15 ini.
Amin.
Amira Aisya
Pengarah Pilihanraya MUDA
Timbalan Presiden MUDA