Pendekatan didik hibur dalam pembelajaran beri kesan positif dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

KOTA TINGGI, 31 OKTOBER 2022 – Dalam usaha untuk mendekatkan orang ramai terutamanya di kalangan komuniti luar bandar dengan bidang inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menganjurkan bengkel bootcamp menggunakan produk pembelajaran inovasi Kad ASK di SK Felda Linggui, Kota Tinggi, Johor. 

Bootcamp ini merupakan salah satu aktiviti di bawah ‘Program YIM Bersama Masyarakat’ yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai inovasi sosial dan inovasi akar umbi melalui pengenalan inovasi Kad ASK yang dibangunkan oleh Puan Norhayati binti Daud. 

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba, “Inovasi yang dibawakan oleh Kad ASK dapat membantu pelajar di peringkat sekolah rendah mempelajari kemahiran bahasa dalam masa yang pantas. Mereka juga dapat mengembangkan kemahiran dari peringkat asas perkataan sehingga mampu membina struktur ayat untuk menghasilkan sebuah cerita pendek secara kreatif.”  

Tambahnya, “Elemen kreatif yang terdapat di dalam Kad ASK juga dapat menaikkan semangat mereka untuk belajar kerana sifatnya yang mendidik sambil berhibur.” 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Puan Sharmila Mohamed Salleh, Kad ASK diperkenalkan di sekolah rendah kerana ia boleh dimainkan menggunakan dua versi iaitu Versi Pertama: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina; Versi Dua: Bahada Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Jawi. 

“Inovasi Kad ASK ini juga boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar oleh para guru untuk melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21), Taksonomi Bloom dan instrumen di dalam Penilaian Bilik Darjah,” ujar beliau. 

Bengkel bootcamp ini telah telah diadakan selama dua hari bermula 30 Oktober 2022 dan melibatkan seramai 100 orang pelajar SK Felda Linggui.

Menerusi Bootcamp Kad ASK, pe kosa kata , pembinaan elemen tiga ayat dan penulisan karangan. Kad ASK turut menerapkan elemen penting dalam pembentukan modal insan selari dengan kerajaan iaitu nilai murni, kemahiran Dikeluarkan oleh: dan pengetahuan.

Leave a Reply