Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Merujuk kepada artikel 48 (1) (C) telah menetapkan bahawa seorang calon akan hilang kelayakkan menjadi seorang Ahli Parliman apabila ia memegang jawatan yang berpendapatan.

Sebagai contohnya adalah seperti MB Negeri Sembilan Dato’ Sri Aminuddin Harun yang pastinya menerima pendapatan sebagai MB memandangkan kerajaan Negeri Sembilan tidak melakukan pembubaran DUN negeri sehingga kini.

Oleh kerana peruntukkan undang-undang SPR tersebut adalah sangat jelas, diharap pihak SPR sila ambil tindakan segera dengan membatalkan penamaan beliau sebagai calon di Port Dickson dalam PRU15 ini.

SPR seharusnya peka terhadap isu sebegini demi memastikan semua pihak bertanding haruslah bertanggungjawab untuk mematuhinya. Apatah lagi PRU ini adalah di bawah kendalian penuh pihak SPR itu sendiri.

Oleh yang sedemikian, amat diharapkan agar pihak SPR menyemak semula perkara ini berpandukan peruntukan perlembagaan negara demi menjaga kredibiliti pihak SPR itu sendiri sebagai kepercayaan pengundi.

Bahkan bukan setakat itu sahaja, pihak SPR juga diharap dapat menyemak secara menyeluruh berkenaan isu ini segera di negeri-negeri yang masih tidak dibubarkan kerajaan negerinya. #BNpadu

Leave a Reply