KUALA LUMPUR, 10 November 2022 – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek mengulas kenyataan Calon Barisan Nasional Parlimen P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin yang ingin menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada masa akan datang jika beliau menang di Parlimen Sungai Buloh ini.

“UMNO tidak mengambil serius kenyataan Khairy Jamaluddin secara emosi kerana soal peluang untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti adalah satu peluang yang terbuka luas, kata Ahmad Shabery Cheek ketika Sidang Media nya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur disini hari ini.

Tambah Ahmad Shabery, “UMNO adalah satu parti yang dinamik, dan sangat demokrasi dalam sejarah dari zaman Dato Onn Jaafar sehinggalah zaman Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bertukar tangan dari segi pucuk pimpinan.

“Beranikah parti lain seperti PKR, PPBM untuk menawarkan jawatan Presiden kepada orang lain, soal Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek.

“Parti lain tidak akan berani menawarkan kepada orang lain jawatan Presiden parti kerana jawatan itu adalah eksklusif milik keluarganya sahaja.

“UMNO sahaja merupakan parti yang dinamik dan ahli UMNO tidak rasa terkejut dan emosi dengan kenyataan yang dibuat Calon Barisan Nasional Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin baru-baru ini, kata Shabery Cheek.

Leave a Reply