Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR) ingin menyelar dan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan YB
Dato Seri Anwar Ibrahim, YB Syed Saddiq dan YB Charles Santiago yang mengatakan bahawasanya kenyataan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan dan mengkaji Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara
Bersasar sekiranya dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke-15 adalah jahil dan ia hanyalah ‘Gula-
Gula’ pilihanraya.
PGIR telah menerima aduan daripada 226,996 Pencarum KWSP seluruh Malaysia yang memerlukan pengeluaran secara bersasar yang terdesak dan masih dalam kesusahan pasca pandemik. Jumlah aduan ini adalah sangat tinggi dan ia SEPATUTNYA mendapat perhatian dari semua WAKIL RAKYAT.
PGIR telah memulakan Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 secara Bersasar berbulan lamanya dan telah bertemu
dan bermesyuarat dengan beberapa pihak termasuklah Majlis Senator Malaysia, Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda Parti. Terkini, satu Referendum telah dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
PGIR tidak akan sekali-kali berhenti dari memperjuangkan nasib dan membawa suara Rakyat. Sebagai Wakil Rakyat seharusnya semua Ahli Parlimen yang telah dan akan dilantik mengambil berat suara dan rintihan Rakyat kerana itulah tugas sebenar anda.