Di atas prinsip mendukung kedaulatan undang-undang, kami dari MIHWF ingin menyatakan dan menzahirkan sokongan kami kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pimpinan Tan Sri Azam Baki yang telah menjalankan siasatan secara telus tanpa ada fear and favor kepada Hakim Nazlan Mohd Ghazali.
Sesungguhnya seperti yang kita ketahui tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang kebal dari segi undang-undang dan mengikut Akta SPRM 2009, SPRM mempunyai kuasa mutlak untuk menyiasat sesiapa sahaja jika berlaku pelakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Kuasa penyiasatan SPRM ini haruslah tidak diganggu-gugat oleh mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, kami amat kecewa dengan tindakan pihak yang membawa perkara ini ke mahkamah untuk mempertikaikan siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan yang disyaki mempunyai unsur konflik kepentingan dalam kes SRC yang dihakimi olehnya.
Kami menyokong kenyataan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun bahawa jika terdapat sebarang salahlaku oleh seseorang hakim, beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM dan adalah menjadi harapan kami selaku Ketua Hakim Negara, beliau berpegang teguh kepada prinsip ini bagi memastikan integriti badan kehakiman negara terus terpelihara dan mendapat kepercayaan awam.
Kes ini juga sedang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan kami yakin rakyat juga mahu keadilan ditegakkan oleh mereka yang diberikan amanah terutama selalu Ketua Hakim Negara.
Memandangkan SPRM telah menjalankan siasatan mereka dan telah pun menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada pihak Peguam Negara, Peguam Negara tidak seharusnya menperlengahkan tindakan pendakwaan.