Dimaklumkan bahawa nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah dipinda kepada KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH dan singkatan nama (akronim) ialah KKDW. Manakala nama Kementerian di dalam Bahasa Inggeris ialah MINISTRY OF RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT.

Bagaimanapun, Visi, Misi juga Fungsi Kementerian masih kekal iaitu melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan bukan sahaja infrastruktur malah sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.

KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan dalam meneruskan dan merealisasikan agenda serta program teras di bawah Kementerian ini bagi memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosio-ekonomi seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara.

Leave a Reply