Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) memberi tempoh 24 jam kepada seorang Youtuber, Cleo Hoo untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, GERAKAN membuat tuntutan tersebut kerana satu video yang tular dalam bahasa Mandarin daripada Cleo Hoo yang mengatakan sekiranya Perikatan Nasional (PN) negara Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan.

Dalam video tersebut terdapat empat isu besar yang GERAKAN mahu sampaikan dan ia adalah fitnah, palsu dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia.

Empat isu yang dibangkitkan dalam video berkenaan sekiranya PN mentadbir negara ialah semua bukan Islam terpaksa tukar ke agama Islam, nama bukan Islam tukar kepada nama Islam, memfitnah Presiden GERAKAN sebagai pengkhianat bangsa Cina dan tidak boleh jual dan makan daging khinzir seperti di Kelantan.

“Perkara tersebut adalah tuduhan palsu, fitnah dan menimbulkan provokasi.

“Dari segi undang-undang, kenyataan ini bercanggah dengan akta komunikasi dan multimedia di bawah seksyen 233, s.4 Akta Hasutan atau Seksyen 499 Kanun Keseksaan” tegasnya dalam satu sidang media hari ini”

Turut bersama pada sidang media tersebut Henry Teoh Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Unit Khas, Datuk KC Tan Kok Chong
Naib Ketua Pemuda Parti Gerakan Negeri Selangor dan Cliff Thed Bendahari Pemuda Parti Gerakan Negeri Johor

GERAKAN mengingatkan orang ramai agar jangan buat kenyataan tidak bertanggungjawab sesuka hati khususnya pada PN dan mencalar imej agama persekutuan.

Walhal sehingga kini, Kelantan dan Terengganu, daging khinzir boleh dijual dan dibeli orang bukan islam.

“Tomahan dan fitnah yang dikatakan Presiden GERAKAN sebagai pengkhianat bangsa Cina itu juga sangat melampau”

“Saya ingin membalas hujahan tersebut dengan menegaskan dimana bukti atau tindakan yang menunjukkan pengkhianat bangsa Cina itu”

Dalam pada itu, GERAKAN sebagai salah satu komponen PN menerima kerajaan yang telah ditubuhkan sekarang dan akan memainkan peranan sebagai pembangkang.

Leave a Reply