Dari FB PH malaysia
PM10 satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang pertama membuka Seri Perdana kepada rakyat setiap minggu.
Anwar Ibrahim akan jadikan kediaman rasmi PM di Seri Perdana sebagai tempat berlangsung majlis agama dengan program-program agama dan ilmu pada setiap minggu.
Acara itu adalah tradisi yang diamalkan olehnya selama ini sejak di zaman ABIM, bahkan ketika pengkhianat membuat pertemuan di Sheraton, pada pagi itu beliau bersama-sama rakan-rakan usrah, meneruskan usrah dan pengajian ilmu.
Selain itu kediaman rasmi itu juga akan dibuka untuk program temu mesra dengan pimpinan NGO² dan sebagainya.
Dalam kata lain Seri Perdana dibuka untuk rakyat sebagai tempat menimba ilmu dan menjalinkan hubungan ukhawah sesama rakyat Malaysia.
Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis Mahabah Perdana Menteri dengan Ulama dan Asatizah yang berlangsung petang semalam.
Anwar Ibrahim turut mengatakan bahawa;
- Kuasa itu bukan untuk menjadikan seseorang untuk jadi angkuh, menjadi kaya.
- Tiada jaminan untuk sesiapa melepaskan diri dari dakwaan.
- Mahu buktikan bahawa ada anak melayu yang membela Melayu, Islam dan lain² bangsa dan agama.
- Kasih sayang adalah kunci dan kekuatan Islam, bukan kebencian atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang mengaku kononnya mereka perjuangkan Islam.
- Beliau mahu pendidikan cara lama seperti Pondok dan Tahfiz diperbaiki kerana institusi itu berperanan dalam memajukan negara.
- Senang untuk meroboh, sukar untuk dibina.
- Perjalanan masih jauh.
Kami juga berharap, Anwar Ibrahim dapat menjadi PM yang menjadi orang tengah antara kekhilafan kefahaman antara sektoral fikrah dan manhaj di Malaysia ini, agar keduanya saling aman damai, demi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Ini kerana beliau sendiri berguru dari pelbagai lapangan fikrah keilmuan, dan beliau sendiri dilihat sebagai muslim moderate yang wasatiy, seperti guru-guru utama saya dalam liqa’ liqa’ ilmu.