Oleh Dr Mohd Azam Rauzan, Mantan Adun Penawar
Walau BN hanya tinggal 30 kerusi, walau pemimpin lain kaya raya tak habis makan 7 keturunan, walaupun Presiden Zahid Hamidi dulunya dihina semacam batang pisang, walaupun tiada siapa menghargai saya, walaupun banyak parti politik lain menawarkan calon. Saya tetap bersama UMNO.
Namun saya tidaklah disukai ramai di kalangan opportunist dan mereka yang bertopengkan kononnya perjuang melayu dan pahlawan kononnya dalam UMNO, malah satu ketika saya hampir berbalah dengan presiden sendiri diatas satu posting saya di FB, saya tidak luntur semangat untuk terus mendukong UMNO.
Alhamdulillah, akhirnya UMNO masih berkuasa disebalik keputusan terburuk UMNO dan BN sejak merdeka, 30 kerusi atau lebih tepat 26 aje!
Maka bermulalah sessi Budaya nak suruh beliau letak jawatan bermula dengan budak mentah suruhan Hisham di Johor. Malangnya, perancangn hisham gagal. Hisham mendiamkan diri dan satu ketika menjerit minta di pecat kerana membantah kerajaan perpaduan, tertiba keluar kenyataan beliau sebagai pejuang totok setia bersama UMNO.
Inilah kisah budaya UMNO, yang ramai termasuk kekuarga saya sendiri yang mentertawakan saya kenapa masih setia dengan satu parti yang Pemimpin2 atasan mereka kaya raya tapi saya tetap miskin dan macam tikus kesana kemari macam persis KB aje!
Saya jawab mudah je, saya kan bodoh politik, sebab tu sepenggal kena penggal tapi masih setia bersama UMNO.
Kini alhamdulillah, sahabat saya sudah menjadi YAB Timbalan Perdana Menteri. Saya tumpang bangga. Cuma ramai bertanya saya, boleh bertahan lama ke?
Jawapan saya mudah aje? Dalam kejadian dunia, banyak perkara yang tidak dapat kita ramal. Rezeki tak salah alamat! Siapa sangka gergasi bolasepak seperti Brazil, Germany, Sepanyol dan Portugal tewas awal di Piala Dunia, malah tewas dengan negara dunia ketiga satu ketika dulu.
Ramalan saya YAB Dato Dr Ahmad Zahid Hamidi akan terus berkuasa tapi dengan satu syarat, Rebranding UMNO dan BN semula.
Selagi UMNO bersama MIC dan MCA dalam BN, bagi saya semacam Jenama HP Nokia atau gabungan Jenama Sony Ericcson yang sedang berlawan dengan Jenama IPhone 14. Jangan berangan nak pulun 70 kerusi PRU 16.
Ketika BN dah tinggal 30 kerusi baru 3 pengkhianat kena pecat. Yang lain bila? nak tunggu tinggal 10 pada PRU 16?
Pada saya ini cabaran besar Presiden dan UMNO. Dan UMNO jangan bangga dengan bala jentera kalau mereka setia pada envelope putih dari parti lawan terutama PN. Poodah. Cuba renung Di Parlimen Bagan Datuk sendiri. Salah satu Dunnya menang majoriti 3k dan di Parlimen hampir kalah dengan majoriti 348. Ada masuk akal ?. Yang bijak politik fikir2kan. Ini yang UMNO banggakan sangat? Bukan semua tapi majoriti mata duitan.
Dunia ini sementara begitulah jua dengan ujiannya. Kita dididik agar menghadapi yang sementara dengan sikap sederhana. Gembira jangan sampai melonjak, nestapa jangan sampai terhenyak.
Pada setiap episod ada syukur dan sabar, ada tangisan dan senyuman…Tuhan tidak pernah jemu dengan manusia, lalu Dia sentiasa mengujinya.
Fahami takdir dan susunlah tadbir. Di kala tidak berdaya, ketika itulah pertolongan sudah semakin hampir.
Menulislah… dengan air mata dan keringat. Ketika dingin dan hangat. Kita hanya hamba.
Berdamailah dengan takdir. Di situlah ada ketenangan. Itulah janjiNya. Tuhan tidak pernah mungkir. Cuma kita yang sering meminggir!