1. Muafakat Nasional (MN) adalah sebuah NGO yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (No. Pendaftaran : PPM-009-10-19092019) dan bukan parti politik.
2. MN telah didaftar oleh Y.Bhg. Dato’ Shahrul Nizam Yunos yang merupakan pengasas MN pada 19 September 2019 dan tidak aktif pada ketika itu.
3. MN berpegang teguh kepada 5 matlamat yang termaktub dalam perlembagaannya seperti berikut:
# Menjunjung Dan Mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara.
# Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
# Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.
# Membentuk Kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.
# Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan.
4. Moto MN dalam Bahasa Melayu – MENGASIHI, MENYATUI, MENGHORMATI ( LOVE, UNITY, RESPECT) merupakan slogan yang digunakan MN berlandaskan nilai-nilai cintakan keamanan, kedamaian, muhibbah dan perpaduan yang sejati adalah sesuatu yang perlu dipupuk dan disuburkan secara berterusan sehingga menjadi sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
5. Pendaftaran keahlian Muafakat Nasional (MN) dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira Agama dan Kaum selaras dengan matlamat penubuhan MN dan Ahli Remaja adalah bagi bagi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah.
6. Keahlian bagi Organisasi seperti barisan NGO juga dibuka untuk bersama-sama merealisasikan matlamat MN.
7. Pendaftaran keahlian boleh dilakukan melalui pengisian borang fizikal atau secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi MN seperti berikut:
http://muafakatnasional.org.my
8. Terkini jumlah pendaftaran keahlian MN telah mencecah dua puluh ribu (20,000) orang di seluruh Negara yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang, Agama dan bangsa.
9. Inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh MN adalah dalam kerangka menerapkan nilai-nilai kesederhanaan şerta keterbukaan yang luas dan tinggi.
10. Di antara inisiatif utama MN yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini adalah Sekolah Memahami Pemahaman Negara (SEMPURNA) di mana elemen nasionalisme yang tinggi berteraskan prinsip Rukun Negara diterapkan dengan berpandukan kepada 5 perkara yang telah ditetapkan di dalam matlamat MN.
11. Jelajah ke seluruh Negara bakal dianjurkan oleh MN dalam masa terdekat di mana beberapa inisiatif akan dilaksanakan seperti:
# Sesi Sidang Meja Bulat (Rountable Discussion) yang menghimpunkan tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin NGO yang terlibat dalam pelbagai bidang serta kepakaran yang akan diadakan dalam beberapa siri.
# Jelajah Muafakat Nasional Seminar dan wacana tertutup di setiap negeri bagi membawa semangat muafakat dan mempromosikan keahlian MN peringkat negeri dan Kawasan.
# Konvensyen MN
12. Maklumat lanjut mengenai MN boleh diperolehi melalui pautan berikut:
Website : muafakatnasional.org.my
Twitter/Instagram/Tiktok : @mymuafakat
Facebook : muafakatnasional
Tel : 011 7275 1075