PUTRAJAYA, 16 Disember 2022 – Dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor berhubung dengan misi mencari dan menyelamat.

“Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan, kata Datuk Sri Anwar dalam satu kenyataan media nya hari ini.

Tambah Datuk Sri Anwar, beliau juga telah pun dimaklumkan oleh Menteri-Menteri terlibat yang turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, beliau menasihatkan para Menteri yang terlibat agar tidak mengganggu kerja- kerja mencari dan menyelamat.

Justeru, Perdana Menteri memohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan akan turun ke lokasi pada malam ini.

Foto: BERNAMA

Leave a Reply