KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Badan Perhubungan dan Seluruh Warga PUTRA Selangor dan Malaysia amat terkejut peristiwa Tanah Runtuh di Batang Kali yang menyebabkan berlaku banyak kematian.
PUTRA Selangor menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah ke atas warga Malaysia dan Singapura yang ditimpa kemalangan berikutan kejadian tanah runtuh
di Father’s of Organic Farm, tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.
Setakat ini, angka laporan media menunjukkan seramai 19 orang mangsa termasuk 4 kanak-kanak telah ditemui, seramai 14 lagi dikhuatiri masih tertimbus, manakala 61 lagi diselamatkan dan hanya dua mangsa cedera serta telah dibawa ke hospital.
Sehubungan dengan itu, diiharapkan usaha yang lebih gigih dapat dilakukan oleh pihak yang berkaitan bagi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus dan masih hilang.
PUTRA Selangor turut mendesak agar di tubuhkan segera Suruhanjaya Di Raja(RCI) bagi tujuan menyiasat dengan terperinci kejadian yang menyebabkan tanah runtuh yang dikatakan hampir 500 tan berat tanah telah runtuh. Tanah runtuh sering terjadi dan berlaku di Malaysia dan terus berulang. Pihak RCI di harap dapat mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh dan langkah-langkah pencegahan yang berkesan hendaklah di laksanakan supaya tidak berulang.
Kerajaan Negeri dan Pusat juga hendaklah menghulurkan bantuan segera dan wajar kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.
Semoga Allah SWT melindungi dan mempermudahkan segala urusan mencari dan membantu keluarga pihak mangsa yang terlibat dan diharapkan keluarga mangsa bersabar menerima takdir yang berlaku ini.
Dato’ Asmawar bin Samat
Pengerusi
Badan Perhubungan PUTRA
Negeri Selangor Darul Ehsan