PETALING JAYA – Ketua Srikandi PPBM YB Datuk Sri Rina Harun telah pun menghantar seramai 15 nama calon-calon wanita Bersatu kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi dipertimbangkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Menurut Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Sri Rina Mohd Harun, ia adalah sebahagian daripada tuntutan sayap parti itu yang mahu memberi ruang kepada 30 peratus wanita Bersatu dan Wanita PN untuk bertanding dalam Pilihan raya Negeri Johor (PRN Johor) kali ini.

“Kita sudah hantar nama 15 orang daripada wanita PN,” katanya pada sidang media di Kelana Jaya, hari ini.

Terdahulu beliau menyantuni penghuni Pusat Jagaan Orang Kelainan Upaya (OKU) Sempena Tahun Baharu Cina di rumah kebajikan Persatuan Kebajikan Chen Ai OKU, Kelana Jaya, di sini.

Ahad lepas, Ketua Srikandi Bersatu itu berharap PN memberi ruang kepada sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita Bersatu dan Wanita PN untuk bertanding pada PRN Johor.

Ia susulan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor untuk memberi laluan kepada PilihanRaya Negeri Johor pada Sabtu lepas.

Leave a Reply